:: KEHADIRAN JANUARI

Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah membuat penambahbaikan terhadap pengiraan kehadiran murid sekolah di semua sekolah negeri Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2016.  Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan peratusan sebenar kehadiran berdasarkan jumlah murid hadir berbanding jumlah murid sebenar bagi setiap bulan.  Pengiraan kehadiran sedia ada adalah berlainan mengikut sekolah dan PPD serta mengikut kefahaman masing-masing.

Oleh yang demikian, pihak jabatan telah menyediakan "template" pengiraan kehadiran bagi mendapatkan standard pengiraan serta memudahkan pihak sekolah untuk membuat pengiraan sebenar. Template tersebut telah dibekalkan di sekolah masing-masing.  Pihak tuan perlu mengisi kehadiran bagi setiap akhir bulan atau sebelum 5hb setiap bulan serta membuat cetakan lampiran pengesahan. Berdasarkan pengiraan template tersebut, sila masukkan dapatan pengiraan mengikut daerah tuan.

Sila klik pautan di bawah mengikut daerah masing-masing.

>  Timur Laut
>  Barat Daya
>  Seberang Perai Utara
>  Seberang Perai Tengah
>  Seberang Perai Selatan

0 comments: